Pages

In the name of Allah, the Beneficient, the Merciful
'O mankind, eat from whatever is on earth (that is) lawful and good and do not follow the footsteps of Satan. Indeed, he is to you a clear enemy.' (Al-Baqarah: 168)

Sunday 31 October 2010

Kuasa buah dari sudut kajian sains

Sumber: Suzan Ahmad. 31 Oktober 2010. Sihat: Kuasa Buah. Berita Minggu.

Buah-buahan memiliki kandungan gizi, vitamin dan mineral yang sangat baik untuk tubuh. Khasiat buah-buahan diletakkan pada aras kedua Piramid Makanan bersama dengan sayur-sayuran. Pengambilan buah-buahan mengikut jumlah hidangan mencukupi dapat memastikan tubuh badan dan otak kita menerima semua nutrien mencukupi bagi membolehkan ia berfungsi dengan baik.

Malangnya, berapa ramai di antara kita tahu kelebihan sebenar khasiat buah-buahan kecuali vitamin C yang sudah terlalu kerap dikaitkan dengan buah-buahan tertentu seperti oren.

Pakar Diet Klinikal, Pusat Perubatan Gaya Hidup, Pusat Perubatan Prince Court, Tan Yen Sing, menjelaskan, kajian menunjukkan bahawa pengambilan lebih daripada lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari dikatakan boleh mengurangkan sehingga 17% penyakit jantung koronari.

Antara fakta-fakta menarik yang dapat dikongsikan ialah:
1) Pisang: Bagi mereka yang mudah stres atau mengalami tekanan, buah pisang boleh membantu dari segi khasiat antikemurungan (membantu membaiki mood dan tidur), antioksidan, mengawal tekanan darah, meningkatkan daya tumpuan dan menguatkan ingatan, meningkat tenaga, menjaga kesihatan, mengurangkan risiko kanser, menentang ulser peptik, melegakan cirit-birit dan sembelit.


2) Kiwi: Buah yang kaya dengan vitamin C mampu membantu mengatasi insomnia (sukar tidur), mencairkan darah untuk kesihatan kardiovaskular (menurunkan kolestrol dan trigliserida), membantu memperbaiki pernafasan kanak-kanak (pendek nafas dan batuk malam), mencegah kerosakan kulit yang menyebabkan kanser kulit, menjaga kesihatan penglihatan, menjaga kesihatan kolon dan prostat.

3) Mangga: Merupakan antikanser yang bagus, menjaga kesihatan penglihatan, membantu penghadaman, menjaga kesihatan kulit, membantu memperbaiki kesihatan seksual, menambah berat badan, menguatkan daya ingatan, baik untuk anemia (kurang darah) dan mencegah selaran panas.

4) Oren: Baik untuk kesihatan jantung, penglihatan, pelalian dan mengurangkan risiko penyakit kanser. Membantu dari segi antioksidan, membantu perkembangan janin dan mengawal tekanan darah.

5) Anggur / Kismis: Mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung dan hilang ingatan, antipenuaan, antioksidan, antiradang, baik untuk kesihatan kulit, mata dan kardiovaskular, membantu masalah saluran kencing, gastrik dan penyakit gusi.