Menurut Ibnu Abbas:
"Makanlah tembikai kerana di dalamnya ada banyak kebaikan. Ia makanan, minuman, perangsang kepada pertumbuhan gigi, sebagai pewangi, pembersih pundi-pundi kencing, menambah air tulang belakang, menghindarkan sejuk dan membersihkan kulit."
Kelebihan Buah Tembikai
- Kaya dengan vitamin C yang baik untuk mata dan kulit
- Sangat sesuai menjadi pencuci mulut selepas atau sebelum makan
- Banyak mengandungi air
- Baik untuk melawaskan sistem penghadaman makanan
- Boleh mengelakkan sembelit
- Membersihkan dan mewangikan mulut
- Memutihkan gigi
Daripada Aisyah r.ha., beliau berkata:
"Rasulullah s.a.w. makan tembikai dengan kurma muda, lalu Baginda bersabda: 'Kita mengurangkan kepanasan (iaitu kurma muda) dengan sejuknya ini (iaitu tembikai). Dan sejuknya ini dengan panasnya ini."
(Riwayat Abu Daud, no. 3838)
Sumber: Siti Nor Bahyah Mahamood & Muhammad Zakaria, 2009. Rahsia Minda Hebat. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn Bhd