Pages

In the name of Allah, the Beneficient, the Merciful
'O mankind, eat from whatever is on earth (that is) lawful and good and do not follow the footsteps of Satan. Indeed, he is to you a clear enemy.' (Al-Baqarah: 168)

Tuesday, 21 December 2010

Berikan Madu Kepadanya...

Terdapat suatu peristiwa yang berlaku pada zaman Rasullullah s.a.w. yang berkaitan dengan penggunaan madu dalam perubatan.

Dalam hadis sahih al-Bukhari bahawa seorang lelaki telah datang kepada Rasullullah s.a.w., lalau dia berkata: "Saudaraku mengadu sakit perut." Sabda Rasullulah s.a.w. bermaksud: "Berikan madu kepadanya." Kemudian lelaki itu datang kembali menemui Rasulullah s.a.w. lalu Baginda bersabda: "Berikan madu kepadanya." Lelaki itu datang lagi buat kali ketiga, Rasulullah s.a.w. tetap bersabda: "Berikan madu kepadanya."

Dia datang menemui Rasulullah buat kali keempat lalu berkata: "Telah aku lakukan apa yang engkau perintahkan ya Rasulullah (namun sakitnya bertambah juga)." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah itu benar, perut saudaramu itulah yang dusta, minumkan madu kepadanya." Lalu diminumkannya madu, maka sembuhlah saudaranya.


Sumber: Mohd Sukki Othman. 2010. Majalah Solusi Isu 26. Kiasan: Umpama Lebah dan Madu. Telaga Biru Sdn Bhd.