Kita tentu tidak menjangka yang makanan yang diharamkan dalam Islam kerana makanan itu membahayakan tubuh manusia. Bagi orang beriman, halal atau haramnya berdasarkan ketaatan pada hukum Allah. Namun, tidak ada salahnya kita mengetahui hikmah disebalik larangan memakan perkara-perkara yang diharamkan. Makanan yang diharamkan daripada kelompok binatang ataupun minuman cukuplah mudah dikenal pasti. Kelompok ini adalah sedikit berbanding apa yang Allah membolehkan kita makana.
"... menghalalkan bagi mereka yang baik-baik dan mengharamkan yang buruk..." (al-A'raf: 157)
Al-Quran turut menggariskan:
"Katakanah, Aku tidak dapati dalam apa yang sudah diwahikan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi. Semua itu adalah kotor ataupun dilakukan secara fasik iaitu binatang yang disembelih atas nama selain dari Allah. Kemudian sesiapa yang terpaksa sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampai batas, Tuhanmu maha pengampun lagi maha pengasihani." (al-An'am: 145)
Jenis-jenis makanan yang diharamkan dalam Quran dan hadis dapat diklasifikasikan dalam 3 kelompok besar.
- Daging binatang yang diharamkan seperti khinzir, haiwan yang hidup 2 alam, haiwan buas yang bertaring, burung yang memburu dengan cakarnya (helang, gagak, rajawali).
- Daging yang berasal dari haiwan mati iaitu bangkai yang tidak disembelih kecuali makhluk-makhluk dari laut.
- Daging yang berasal daripada haiwan yang disembelih bukan kerana Allah, yang mati dicekik, dipukul, dimakan haiwan buas dan disembelih kepada berhala.
Sumber: Dr. Adi Hashman. 2011. Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit. PTS Millennia Sdn. Bhd. Batu Caves, Selangor.