Pages

In the name of Allah, the Beneficient, the Merciful
'O mankind, eat from whatever is on earth (that is) lawful and good and do not follow the footsteps of Satan. Indeed, he is to you a clear enemy.' (Al-Baqarah: 168)

Monday, 12 September 2011

Cara Minum Yang Betul


Ketika meminum air, Rasulullah saw tidak menggalakkan seseorang menghabiskan minumannya dengan satu teguk. Menurut Tirmizi, beliau berkata, "Janganlah kamu habiskan minuman dengan satu teguk seperti unta tetapi minum dengan dua atau tiga teguk. Sebut Bismillah ketika kamu hendak minum dan puji Allah apabila kamu selesai."

Di dalam hadis yang lain, menurut Bukhari & Muslim, Anas Bin Malik melaporkan, "Rasulullah saw minum dengan tiga nafas." Imam Muslim melaporkan dengan kata-kata tambahan dalam laporan beliau iaitu, "cara minum yang seperti ini lebih menghilangkan dahaga, lebih menyihatkan dan lebih menghadamkan."

Sumber: Dr. Danial Zainal Abidin. 2011. Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden (Edisi Kemas Kini). Cara Minum Yang Betul. PTS Millenia. Batu Caves, Selangor.

2 comments:

:: hayati :: said...

benar la rasulullah s.a.w., lgpn bernafas pd air minum itu akn menyebabkn air tersebut bersifat asid..xbgus utk kesihatan..wallahu`alam

sunnahhalal said...

ooo... terima kasih Hayati for sharing the info also :)

Post a Comment