Pages

In the name of Allah, the Beneficient, the Merciful
'O mankind, eat from whatever is on earth (that is) lawful and good and do not follow the footsteps of Satan. Indeed, he is to you a clear enemy.' (Al-Baqarah: 168)

Monday, 5 September 2011

Makanlah Makanan Yang Baik

Assalammualaikum semua. Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri.
Saya memohon maaf kerana sudah terlalu lama tidak meng'update' blog sunnah halal ini. Makanya, hari ini saya ingin kongsikan sesuatu yang menarik tentang makanan yang baik disarankan oleh Rasullullah s.a.w. daripada majalah Solusi Isu ke-34.


Rasulullah s.a.w. sangat menyukai makanan yang manis seperti madu. Kadang-kadang Baginda akan memakan roti dengan lauk. Adakala lauknya ialah daging. Dalam satu hadis riwayat al-Baihaqi, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Daging adalah penghulu makanan penduduk dunia dan akhirat (syurga)."

Adakalanya Baginda memakannya dengan semangka dan kadang-kadang dengan kurma kering. Baginda s.a.w pernah meletakkan kurma kering di atas roti lalu berkata, "Haza idaamu haza" (maksudnya 'ini lauk' atau  ini lauknya').

Selain itu Baginda s.a.w memakan buah-buahna di negerinya apabila tiba musimnya. Baginda s.a.w tidak berpantang memakan buah-buahan tersebut. Ini juga termasuk cara utama untuk memelihara kesihatan. Inilah hikmah Allah menjadikan setiap negeri itu terdapat buah-buahan yang dapat memberikan manfaat kepada penduduk pada waktunya. Buah-buahan itu menjadi sumber kesihatan dan kesejahteraan mereka sehingga tidak perlu terlalu bergantung kepada ubat-ubatan. Seringkali orang tidak mahu memakan buah-buahan kerana takut sakit itulah yang akan menyebabkan badannya sakit serta jauh daripada kekuatan dan kesihatan yang baik.

Dalam hadis riwayat al-Bukhari & Muslim, Abu Daud & al-Tirmidzi, daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata, "Rasulullah s.a.w tidak pernah mencela makanan. Jika berselera, Baginda memakannya dan jika tidak, Baginda meninggalkannya."

Sumber: Mohd Wahid Abd. Hanif. 2011. Tib Nabawi. Tubuh Sihat Daripada Pemakanan Sihat. Solusi 34. Telaga Biru Sdn Bhd. Kuala Lumpur

2 comments:

:: hayati :: said...

tiap sesuatu yg berlaku ada hikmahny termasuk buah2an yg bermusim...alhamdulillah

sunnahhalal said...

betul tu. Allah tidak akan mencipta sesuatu dgn sia2 :)

Post a Comment