Pages

In the name of Allah, the Beneficient, the Merciful
'O mankind, eat from whatever is on earth (that is) lawful and good and do not follow the footsteps of Satan. Indeed, he is to you a clear enemy.' (Al-Baqarah: 168)

Friday 2 March 2012

Halal dan Spiritual Anak


Kita semua tahu bahawa makanan yang dimakan oleh seorang anak sangat menentukan pertumbuhan tubuh dan otaknya. Kita harus tahu juga bahawa status makanan tersebut (apakah halal atau haram) sangat vital dalam perkembangan akhlak dan spiritualnya.

Makanan halal yang masuk ke dalam tubuh akan berubah menjadi tenaga murni yang melahirkan pelbagai kesan positif. Salah satu kesan terbesarnya adalah kelembutan hati yang menjadi modal utama keutamaan akhlak.

Dalam kitab Thabaqat al-Hanabilah diceritakan bahawa Umar bin Salleh suatu ketika bertanya kepada Imam Ahmad bin Hambal, "Wahai Abu Abdillah! Hati ini dapat menjadi lembut dengan apa?"

Imam Ahmad memandangnya cukup lama, lalu menunduk. Beliau kemudian berkata, "Dengan apa? Dengan memakan (makanan) yang halal."

Imam Muhammad bin Dawud ad-Daqqi berkata, "Perut adalah tempat makanan. Jika engkau memasukkan ke dalamnya makanan yang halal, maka akan terbit amak soleh daripada semua anggota tubuh. Jika engkau masukkan ke dalamnya makanan yang syubhat, maka akan tersamar jalan Allah daripadamu. Jika engkau memasukkan makanan yang haram, maka akan wujud hijab antara dirimu dengan Allah SWT." 

Jika anda benar-benar sayang kepada anak anda, maka jadikan ucapan Ibnu al-Mubarak sebagai kaedah pencarian rezeki, "Menolak 1 dirham yang syubhat jauh lebih baik daripada bersedekah dengan 600 ribu dirham."

Rujukan: Umar Muhammad Noor. Rasul Mulia, Umat Mulia, Akhlak Mulia. 2011. Telaga Biru Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

0 comments:

Post a Comment