Pages

In the name of Allah, the Beneficient, the Merciful
'O mankind, eat from whatever is on earth (that is) lawful and good and do not follow the footsteps of Satan. Indeed, he is to you a clear enemy.' (Al-Baqarah: 168)

Showing posts with label Healthy food. Show all posts
Showing posts with label Healthy food. Show all posts

Thursday, 23 February 2012

Tip sihat gaya Rasulullah


Assalammualaikum semua. Di sini saya ingin kongsikan sedikit ilmu yang ada dalam buku 365 tip sihat gaya Rasulullah.

A. Antioksida dalam strawberi dapat mengurangkan radikal bebas di dalam badan. Radikal bebas ialah unpair electrone yang sering merosakkan sel, dapat menyebabkan penuaan sebelum masa & dapat menyebabkan penyakit degeneratif seperti arthritis, kencing manis, pelemakan hati & barah.


B. Cara yang betul bagi menguji keaslian madu adalah dengan mengukur keasidaannya. PH bagi madu asli adalah antara 3.4 dan 4.5. Apabila ia dititiskan ke atas kertas akhbar, ia tidak mudah diserap manakala sebaliknya bagi madu tiruan.


C. Madu dapat menyembuhkan luka. Ini kerana madu bersifat higroskopis iaitu dapat menyerap kotoran nanah atau serum. Antibiotik yang terkandung di dalam madu dapat membunuh kuman dalam luka. Cara menggunakannya adalah:

  1. Membersihkan luka dengan air suam
  2. Sapu madu pada luka
  3. Biarkan sekurang-kurangnya 2 jam
Madu juga mengeringkan bisul.

D. Halia adalah minuman ahli syurga sebagaimana pesan Allah dalam surah al-Insan: 17, "Di dalam campurannya adalah halia." Dalam perubatan tradisional islami, halia adalah makanan panas peringkat ketiga. Ia bermanfaat mencairkan kahak, mengubati penyakit pencernaan & meningkatkan stamina seksual.


Sumber: Dr. Mohammad Ali Toha. 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah. 2010. PTS Millenia Sdn Bhd. Kuala Lumpur. 

Friday, 23 September 2011

Dadih atau Yogurt


Wanita sering keletihan dan tidak sihat sebelum dan ketika haid. Kajian menunjukkan, makanan yang kaya dengan kalsium seperti dadih yang diperbuat daripada susu rendah lemak, dapat membantu keadaan itu. Satu kajian yang dijalankan ke atas sekumpulan wanita di Amerika mendapati, mereka yang mengambil kurang 3.5 gelas dadih atau 4 gelas susu tanpa lemak (skimmed milk) setiap hari, berasa lebih segar dan kurang sakit terutama ketika haid berbanding dengan yang sebelumnya.

Susu dan produk tenusu mengandungi banyak lemak tepu. Oleh itu, pengambilannya perlu dihadkan. Namun produk-produk ini ada kepentingannya kerana ia mengandungi kalsium, vitamin B12, B2, A dan D. Cara yang terbaik adalah memilih susu yang mempunyai kadar lemak yang rendah supaya khasiatnya dapat dimanfaatkan.

Sumber: Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden (Edisi Kemaskini). Dr. Danial Zainal Abidin. PTS Millenia Sdn Bhd. Batu Caves, Selangor.2011.