Pages

In the name of Allah, the Beneficient, the Merciful
'O mankind, eat from whatever is on earth (that is) lawful and good and do not follow the footsteps of Satan. Indeed, he is to you a clear enemy.' (Al-Baqarah: 168)

Thursday, 13 May 2010

Keajaiban susu @ The miricle of milk

This article I got from Solusi megazine issue 9. Its about milk. The important of all milk produce by human or animal. But, this article I write it in Malay language.

Susu merupakan minuman fitrah manusia. Haiwan-haiwan yang baru dilahirkan tidak perlu diajar untuk menghisap susu ibunya, Begitu juga dengan bayi yang baru dilahirkan, secara fitrahnya akan terus menghisap susu ibunya apabila tersentuh dengan puting susu ibunya.

Justeru, susu merupakan minuman pertama bagi kehidupan. Susu yang keluar daripada badan ibu cukup khasiatnya, sesuai dengan haiwan atau bayi yang dilahirkan. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: 'Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya." (Surah an-Nahl 16:66).

Di syurga juga terdapat apa yang dikatakan sungai-sungai susu. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, "Sifat syurga yang telah dijanjikan kepada orang yang bertakwa (ialah seperti berikut): Ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya) dan beberapa sungai daripada susu yang tidak berubah rasanya serta beberapa sungai daripada arak yang lazar bagi orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. Dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan serta keredhaan dari Tuhan mereka. (Adakah orang yang tinggal kekal di dalam syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan diberi minum dari air yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (sudah tentu tidak sama)!" (Surah Muhammad 47:15).

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa diberikan makanan oleh Allah hendaklah dia mengucapkan: Ya Allah, keberkatan bagi kami dalam makanan ini dan berikanlah kepada kami rezeki yang lebih baik daripadanya. Dan apabila diberikan oleh Allah rezeki minuman hendaklah dia mengucapkan: Ya Allah, berikanlah keberkatan bagi kami dalam minuman ini dan tambahkanlah yang lebih baik daripada ini. Aku tidak mengetahui ada sesuatu yang boleh menggantikan kedudukan makanan sekaligus minuman melainkan susu." (Riwayat Abu Daud)

Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim terdapat sebuah hadis menyebut bahawa Rasulullah s.a.w. suatu malam ketika bertolak untuk urusan Israk, Baginda dihidangkan secawan susu dan secawan arak. Baginda s.a.w. memandang dua minuman itu kemudian Baginda mengambil cawan yang berisi susu. Malaikat Jibrail berkata: "Segala puji bagi Allah yang menunjukkan dirimu kepada fitrah. Jika kamu mengambil cawan berisi arak, umatmu pasti tersesat."

Keistimewaan susu ibu
Minuman yang terbaik bagi seorang bayi adalah susu ibu. Warna susu ibu bergantung kepada peringkat susu tersebut. Pada setiap kali penyusuan, peringkat permulaan susu ibu adalah lebih cair kerana ianya mengandungi lebih banyak air berbanding lemak. Setelah bayi minum agak lama, barulah susu yang pekat akan dikeluarkan. Istilah yang biasa digunakan untuk peringkat susu ini adalah "fore-milk" - susu awalan (cair) dan "hind-milk" - susu akhiran (pekat).

Susu ibu banyak kebaikannya berbanding susu-susu lain terhadap bayi. Antaranya:
1.  Dapat membekalkan antibodi untuk bayi menjadikan bayi kurang alah kepada penyakit.
2. Mudah dihadamkan berbanding dengan susu berformula.
3. Bayi yang menyusu kurang mendapat sembelit manakala najis bayi menjadi lembut dan tidak mengandungi bakteria ammonis dermatitis.
4. Bayi kurang mengalami ruam lampin.
5. Bayi jarang mengalami lebihan berat badan. Anda tidak perlu gusar jika bayi anda gemuk atau lebih kurus berbanding bayi lain kerana berat bayi anda sesuai dengan dirinya sendiri.
6. Bayi yang menyusu badan jarang mengalami kembung perut.

Susu ibu memberi manfaat kepada ibu juga. Menyusu mengekalkan mengekalkan kerampingan bentuk tubuh badan dan jarang menjadi barah payudara di kalangan masyarakat yang secara tradisional masih mengamalkan pemberian susu ibu. Walaupun secara umumnya percaya menyusu badan menyebabkan bentuk payudara tidak lagi cantik, kajian menunjukkan ia tidak ada kaitan dengan menyusukan bayi. Perubahan saiz dan bentuk payudara disebabkan proses mengandung. Semasa menyusu, hormon oxytocin dibebaskan dan ini membantu mengecutkan rahim. Hormon ini juga merangsang pengeluaran susu agar berterusan. Bentuk pinggang dan punggung akan kembali ke bentuk asal dengan segera.

Selain itu susu ibu juga dapat menjarakkan kehamilan dengan syarat hendaklah menyusukan sepenuhnya iaitu memberi apabila bayi meminta. Sewaktu menyusu, hormon prolaktin dibebaskan oleh sistem tubuh. Hormon ini menghalang pengovulan dan ia merupakan cara untuk merancang kehamilan.

Dalam Al-Quran, Allah s.w.t. juga menyebut mengenai menyusu susu ibu iaitu dalam firmanNya dalam surah Luqman ayat 14 bermaksud: "Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada ibu bapa, ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyapih (tahap tempoh cerai dari penyusuan) dalam dua tahun."

FirmanNya lagi dalam surah Al-Baqarah ayat 233 bermaksud: "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi mereka yang hendak menyempurnakan penyusuan."

Keistimewaan susu lain
Susu Kambing
1. Susu yang paling kental dan lembap.
2. Mengandungi lemak dan protein lebih dari yang ada pada lembu akan kibas tetapi selain itu boleh menyebabkan kahak dan ampas serat.
3. Sebelum minum hendaklah dicairkan dengan air agar tubuh tidak terlalu berat untuk menerimanya.
4. Mudah menghilangkan dahaga dan mampu menyejukkan badan.
5. Kaya dengan protein, enzim dan vitamin A.
6. Mengandungi faktor artritis (inflimasi sendi) dan anti barah.
7. Diperakui oleh pakar-pakar untuk mengubati demam kuning, penyakit kulit, gastrik, lelah, insomnia dan ulser.
8. Mudah dihadamkan kerana zarah lemaknya lebih kecil.
9. Khasiat susu kambing yang disimpan sejuk atau sejuk beku tidak akan berubah kualitinya.

Susu Lembu
1. Menambahkan zat dan menyuburkan badan.
2. Mengendurkan otot perut secara stabil.
3. Kandungan lemak dan kadar kekentalannya adalah stabil.

Susu Unta
1. Dikatakan susu unta lebih berkhasiat daripada susu lembu.
2. Lemak yang terkandung dalamnya 40% lebih rendah daripada susu lembu.
3. Kaya dengan vitamin C dan mineral seperti magnesium, sodium, kalium dan zat besi.

0 comments:

Post a Comment