"Does one of you like that he should have a garden of palms and vines with streams flowing beneath it; he has in it all kinds of fruits; and old age has overtaken him and he has weak offspring, when, (lo!) a whirlwind with fire in it smites it so it becomes blasted; thus Allah makes the communications clear to you, that you may reflect." (al-Baqarah: 266)
Allah s.w.t telah menyebutkan buah anggur di dalam Al-Quran sebanyak 11 kali. Anggur merupakan salah satu daripada buah-buahan istimewa dan paling banyak manfaatnya. ia boleh dimakan dalam keadaan segar mahupun kering. Ia berfungsi sebagai lauk-pauk serta dapat dijadikan sebagai ubat-ubatan bahkan dapat juga dijadikan sebagai minuman.
Anggur yang baik adalah anggur yang hijau. Anggur jenis ini lebih baik daripada anggur yang merah walaupun kedua-duanya sama manisnya. Anggur yang baru dipetik kemudian disimpan selama 2-3 hari adalah lebih baik daripada anggur yang dipetik dan terus dimakan pada hari yang sama. Dalam Kitab Zad al-Ma;ad fi al-Hady Khairi al-'Ibad disebutkan tentang keistimewaan buah anggur antaranya ialah boleh menambahkan tenaga pada tubuh orang yang memakannya. Khasiatnya sama seperti buah tin dan kismis. Anggur juga boleh menjernihkan akal dan fikiran serta menguatkan bahagian dalam tubuh. Walaupun demikian, hindarilah daripada memakan anggur dengan kadar yang banyak kerana ia boleh membahayakan perut dan dada.
"Dan kami jadikan di bumi itu kebun-kebun kurma dan anggur dan kami pancarkan padanya beberapa mata air." (Surah Yaasin: 34)
"(Mereka akan beroleh) taman-taman bunga dan kebun-kebun buah-buahan terutama anggur." (surah al-Naba': 32)
Ubat segala penyakit
1. Mengubati kegemukan dan kanser
- Seorang doktor, John Falneh, pelopor rawatan alternatif mengatakan anggur mengandungi zat yang dapat membantu proses penghadaman, meningkatkan tenaga bagi otot dan saraf, memperbaharui sel-sel tubuh, membakar lemak, membersihkan air kencing dan menghilangkan penyakit kuning dalam tubuh. Melindungi tubuh daripada lemak berlebihan, anemia dan penyakit lelah.
2. Mencegah penyakit tumor
- Kajian yang dijalankan di Universiti di England membuktikan bahawa mengurangkan kemungkinan dijangkiti kanser ganas. Anggur berfungsi untuk menstabilkan darah, membakar lemak dan mencegah kerosakan dalam tubuh.
3. Mengubati stres dan mencegah penuaan
- Anggur merupakan buah yang memiliki nilai gizi yang tinggi sekali gus ubat yang sangat berkesan. Anggur mengandungi beraneka jenis vitamin yang dapat mengurangkan tekanan darah dan penyakit kronik.
4. Nilai gizi dalam anggur
- Anggur mengandungi zat gula yang mudah diserap dan dihadam oleh tubuh di mana kandungan glukosa dan alfartikuz yang terdapat dalam anggur berkerja dengan penuh stabil. Selain itu, anggur mengandungi beberapa vitamin seperti vitamin A, vitamin C dan unsur-unsur mineral seperti potassium, kalsium dan sodium.
5. Menebalkan dinding pembulu nadi
- Satu kajian ilmiah menjelaskan buah anggur mengandungi zat-zat yang sangat berguna untuk rawatan di antaranya adalah komposisi yang disebut resveratrol. Zat inilah yang berkerja sebagai pemangkin terjadinya penebalan dinding pembuluh nadi, menurunkan kadar kolesterol pada darah dan mencegah diserang beberapa penyakit hati.
6. Pengaruh anggur pada hormon wanita
- Satu kajian di makmal perubatan menemukan anggur mengandungi logam bordan yang sangat penting untuk proses penambahan hormon bagi wanita pada usia monopause yang dapat menghindarkan masalah kerapuhan tulang.