Pages

In the name of Allah, the Beneficient, the Merciful
'O mankind, eat from whatever is on earth (that is) lawful and good and do not follow the footsteps of Satan. Indeed, he is to you a clear enemy.' (Al-Baqarah: 168)

Friday, 23 July 2010

Halia @ Ginger

Terdapat pelbagai jenis halia di dunia ini. Ada yang berwarna kuning dan ada yang berwarna merah. Sebaik-baik halia ialah halia merah (halia bara). Dalam Al-Quran, Allah berfirman menceritakan tentang minuman halia kepada penghuni syurga. Firman Allah maksudnya:

"Mereka (orang yang bertakwa di dalam syurga) diberi minum segelas air yang bercampur dengan halia."
(Surah al-Insan 76: 17)

Nabi s.a.w. juga gemar makan halia. Sebuah hadis bersumber daripada Abu Said al-Khudri menyebutkan bahawa:

"Raja Rom pernah menghadiahkan satu takar kecil halia kepada Rasulullah s.a.w., lalu baginda memakannya dan diberikan juga kepada para sahabat yang ada bersamanya."
(Riwayat al-Hakim no. 7190)


KHASIAT HALIA

  • Menyegarkan dan menguatkan urat saraf
  • Kepanasannya boleh menghancurkan dan menghilangkan lendir atau kahak
  • Melancarkan perjalanan darah dalam badan
  • Menguatkan ingatan


CARA MEMAKAN HALIA
  • Dihiris atau ditumbuk dan dicampurkan ke dalam masakan yang sesuai
  • Dijadikan manisan (halwa) dan dimakan pada waktu pagi. Ia amar mujarab bagi mengatasi penyakit lupa
  • Direbus dan diminum airnya. Untuk rasa enak tambah sedikit gula atau susu mengikut rasa
  • Ditumbuk atau dihancurkan dan direndam dengan air panas
  • Dicampur dengan masu lebah
  • Diminum dalam keadaan panas
  • Jangan dicampur ais


Sumber rujukan: Siti Nor Bahyag Mahamood, Muhammad Zakaria, 2009. Rahsia Minda Hebat. Kuala Lumpur. Telaga Biru Sdn Bhd.

0 comments:

Post a Comment