Pages

In the name of Allah, the Beneficient, the Merciful
'O mankind, eat from whatever is on earth (that is) lawful and good and do not follow the footsteps of Satan. Indeed, he is to you a clear enemy.' (Al-Baqarah: 168)

Wednesday 9 June 2010

Benefits gain from fig fruit @ khasiat buah tin

Here, I like to share an information on fig fruit. The information that I got from Dr. Danial Zainal Abidin book; Quran Saintifik: Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains. Lets share... (sorry coz this information were wrote in Bahasa Malaysia).

Dalam ayat 1 surah at-Tin, Allah bersumpah , "Demi (buah) tin dan (buah) zaitun." An-Nasafi berkata, "Allah bersumpah dengan buah-buahan ini kerana kedua-duanya adalah hasil bumi yang amat menakjubkan di tengah-tengah pohon yang lain."


Buah tin kaya dengan serat dan kajian hari ini mengesahkan antara khasiat serat adalah ia mencegah kanser dan merendahkan paras kolestrol sekali gus menyihatkan jantung dan sistem kardiovaskular secara amnya. Sebiji buah tin mengandungi 2 gram serat iaitu 20% daripada keperluan seharian manusia. Berhubung dengan ini, Dr. Oliver Alabaster, Pengarah Institut Pencegahan Penyakit di Goerge Washington University Medical Centre berkata jika seseorang mengambil buah tin ataupun makanan yang kaya serat seumpamanya dia sebenarnya mengambil makanan yang menjamin kesihatannya berbentuk jangka panjang.

Di samping itu, buah tin mengandungi bahan  aktioksidan fenol (phenol) yang tinggi mengatasi kebanyakan buah-buahan yang lain. Fenol bermanfaat bagi manusia kerana ia berpotensi mencegah pelbagai penyakit jantung dan kanser. Penemuan ini dilaporkan oleh sebuah lembaga penasihat yang dikenali sebagai California Fig Advisory Board berdasarkan kajian yang dilakukan di Universiti Scranton.


Tambahan daripada itu, kajian yang dilakukan oleh Jabatan Sains Makanan di Universiti Rutgers, New Jersey pada tahun 2001 menunjukkan buah tin mengandungi phytosterol. Kajian semasa pula menunjukkan pengambilan phytosterol setiap hari mampu mengurangkan paras kolesterol sebanyak 10 - 14% justeru ia mampu mencegah penyalit jantung. Penemuan ini menyebabkan Panel Pendidikan Kebangsaan Berhubung Kolesterol di Amerika (National Cholesterol Education Panel) mengeluarkan kenyataan pada tahun 2001, mencadangkan supaya bahan sterol, contohnya phytosterol yang diperoleh daripada tanam-tanaman digunakan di samping formula-formula lain bagi merendahkan paras kolesterol dalam darah. Tambahan daripada itum phytosterol juga digunakan bagi merawat penyakit bengkak prostat (prostate hypertrophy) dan radang sendi jenis rheumatoid. Hal ini dilaporkan dalam wholehealthmd.com.

40 gram buah tin mengandungi 244 mg kalium (potasium) (iaitu 7% daripada keperluan harian), 53 mg kalsiun (6% keperluan harian) dan 1.2 mg zat besi (6% daripada keperluan harian). Kadar kalsium dalam buah tin dianggap antara yang tertinggi sekiranya dibandingkan dengan buah-buahan yang lain.

Buah tin istimewa sekali. Di dalam artikel bertajuk LSU AgCenter Nutrion Expert Tells What Makes Figs So Special di Isuagcenter.com, pakar pemakanan Pusat Pertanian Universiti Louisiana State, Catrinel Stanciu memberitahu buah tin istimewa. Kajian beliau menunjukkan buah tin dapat dimasukkan dalam semua jenis diet kerana ia tidak mengandungi natrium (sodium), lamak dan kolesterol. Sebaliknya ia kaya dengan serat dan seratnya adalah daripada dua jenis yang diperlukan manusia iaitu soluble dan insoluble. Tambahan daripada itu, buah tin kaya dengan zat-zat logam di samping mengandungi asid-asid lemak omega-3 dan omega-6.

Sekiranya dibandingkan dengan buah-buahan yang lain, buah tin mengandungi kadar kalium (potasium) dan zat besi yang tertinggi dan kadar kalsium yang kedua tertinggi selepas buah oren. Kajian semasa juga menunjukkan buah tin mengandungi bahan-bahan seperti benzaldehydes dan coumarins yang mampu mencegah kanser.

Pada hari ini, pakar-pakar mengkategorikan buah tin sebagai functional food. Functional foods ialah jenis-jenis makanan yang tidak hanya mengandungi bahan-bahan asas yang berkhasiat. Lebih daripada itu ia bermanfaat bagi penjagaan kesihatandi samping mampu mencegah serangan penyakit-penyakit tertentu. Justeru, baru-baru ini, Lembaga Penasihat Buah Tin di California menggelar buah tin sebagai 'nature's most nearly perfect fruit' iaitu 'buah yang hampir mencapai tahap kesempurnaan secara semulajadi.'

0 comments:

Post a Comment