Pages

In the name of Allah, the Beneficient, the Merciful
'O mankind, eat from whatever is on earth (that is) lawful and good and do not follow the footsteps of Satan. Indeed, he is to you a clear enemy.' (Al-Baqarah: 168)

Wednesday, 21 December 2011

Good and Halal Food is a Rules in Accepting Doa

"O messengers, eat from the good foods and work righteousness. Indeed, I, of what you do, am Knowing (Al-Mukminun: 51)." He also said, " O you who have believed, eat from the good things which We have provided for you and be grateful to Allah if it is [indeed] Him that you worship (Al-Baqarah: 172)."

Rasulullah saw said, "Allah is Good and only accepts that which is good…” and he mentioned a man who has been traveling for a long time and is unkempt and covered with dust, and he raises his hands to the heavens (and says), “O Lord, O Lord,” when his food is haraam, his drink is haraam, his clothes are haraam, and he is nourished with haraam, so how can he receive any response?" (Narrated by Muslim, no. 1015). 

Friday, 25 November 2011

Bahaya Makanan Yang Haram


Kita tentu tidak menjangka yang makanan yang diharamkan dalam Islam kerana makanan itu membahayakan tubuh manusia. Bagi orang beriman, halal atau haramnya berdasarkan ketaatan pada hukum Allah. Namun, tidak ada salahnya kita mengetahui hikmah disebalik larangan memakan perkara-perkara yang diharamkan. Makanan yang diharamkan daripada kelompok binatang ataupun minuman cukuplah mudah dikenal pasti. Kelompok ini adalah sedikit berbanding apa yang Allah membolehkan kita makana.

"... menghalalkan bagi mereka yang baik-baik dan mengharamkan yang buruk..." (al-A'raf: 157)

Al-Quran turut menggariskan:

"Katakanah, Aku tidak dapati dalam apa yang sudah diwahikan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi. Semua itu adalah kotor ataupun dilakukan secara fasik iaitu binatang yang disembelih atas nama selain dari Allah. Kemudian sesiapa yang terpaksa sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampai batas, Tuhanmu maha pengampun lagi maha pengasihani." (al-An'am: 145)

Jenis-jenis makanan yang diharamkan dalam Quran dan hadis dapat diklasifikasikan dalam 3 kelompok besar.

  1. Daging binatang yang diharamkan seperti khinzir, haiwan yang hidup 2 alam, haiwan buas yang bertaring, burung yang memburu dengan cakarnya (helang, gagak, rajawali).
  2. Daging yang berasal dari haiwan mati iaitu bangkai yang tidak disembelih kecuali makhluk-makhluk dari laut.
  3. Daging yang berasal daripada haiwan yang disembelih bukan kerana Allah, yang mati dicekik, dipukul, dimakan haiwan buas dan disembelih kepada berhala.
Sumber: Dr. Adi Hashman. 2011. Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit. PTS Millennia Sdn. Bhd. Batu Caves, Selangor. 

Friday, 21 October 2011

Soal Jawab dengan Ustaz Azhar Idrus


Assalammualaikum.
Kali ni saya nak kongsi beberapa soal jawab yg saya baca di buku 'Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalah Semasa'. Saya akan kongsikan sesuatu yg berkaitan dengan makanan.

1. Makanan dimasuki semut
Soalan: Adakah benar kenyataan umum menyatakan makanan ataupun minuman yg dimasuki semut boleh melemahkan minda orang yg makan? Adakah makanan dan minuman ini perlu dibuang?
Jawapan: Semut yg masuk ke dalam makanan itu perlu dibuang dan makanan itu boleh dimakan kerana yg dilarang adalah makan semut ataupun serangga yg dianggap keji. Tidak dilarang makan makanan itu selepas semut itu dibuang.

2. Halal ataupun haram sarang burung
Soalan: Saya ingin tahu mengenai sup sarang burung. Apakah hukum memakan ataupun meminum sup sarang burung?
Jawapan: Hukum memakan sarang burung layang-layang adalah halal sebagaimana difatwakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.


3. Hukum makan keldai
Soalan: Apakah hukum memakan keldai? Sewaktu belajar di sekolah dahulu saya tidak pernah belajar mengenai hukum permasalah ini. Namun baru-baru ini saya ada mendengar dalam satu tazkirah haram memakan keldai. Mohon penjelasan serba sedikit.
Jawapan: Keldai ada 2 jenis iaitu keldai pelihara dan keldai liar. Keldai yg diharamkan makan adalah keldai pelihara yg biasanya digunakan bagi tunggangan dan mengangkat barang. Manakala keldai yg halal dimakan adalah keldai liar. Keldai ini tidak digunakan utk tunggangan dan peliharaan.

Sunday, 9 October 2011

Makan dengan sederhana

Al-Quran menerangkan individu tidak patut berlebih-lebihan dalam soal makan minum walaupun apa yang dimakan itu adalah makanan yang halal dan menyihatkan.
"...dan makanlah dan minumlah. Jangan kamu melampau-lampau. Allah tidak suka pada orang yang melampaui batas..." (Surah al-A'raf: 31)


Sifat orang yang beriman ada disebutkan di dalam hadis adalah seperti berikut:
"Orang beriman makan dengan satu usus, sedangkan orang kafir memenuhi tujuh ususnya dengan makanan". (Riwayat Bukhari).

"... dan orang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan seperti binatang ternak makan. Sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka". (Surah Muhammad: 12)

Rasulullah saw menyarankan kepada umatnya:
"Makanlah ketika lapar dan berhentilah sebelum kenyang".

Dalam hadis Rasulullah saw, Ibn Majjah menceritakan:
"Cukuplah bagi manusia beberapa suap makanan sekadar bagi menegakkan badannya. Sekiranya nafsunya masih terus mendorongnya makan lebih daripada itu, perlu ia mengisi satu pertiga perutnya dengan makanan, satu pertiga dengan minuman dan satu pertiga bagi bernafas. Makanan satu orang cukup bagi dua orang. Makanan dua orang cukup untuk empat orang. Makanan empat orang cukup bagi lapan orang". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Sumber: Dr. Adi Hashman. 2011. Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit. PTS Millenia Sdn Bhd. Selangor, Malaysia.

Sunday, 2 October 2011

Kurma Makanan Ideal

Kurma sangat kaya dengan zat yg diperlukan oleh tubuh badan manusia. Bahkan dalam sepotong hadis, Baginda bersabda yg bermaksud: "Wahai Aishah, mana-mana rumah yg tidak ada kurma, maka penghuninya akan lapar." Baginda mengulanginya sebanyak 2 atau 3 kali (Riwayat Muslim No. 3812).

Menurut Yusuf Ahmad dlm bukunya Mawsuh'ah al-I-jaz al-Ilmi fi al-Quran wa al-Sunnah al-Mutahhirah (Ensiklopedia Mukjizat Sains Dalam Al-Quran & Sunnah), buah kurma adalah nikmat agung daripada Allah yg dianugerahkan kpd kita. Ia membekalkan pelbagai zat yg diperlukan oleh badan dan dpt diserap ke dalam sistem tubuh manusia dengan cepat. Glukosa yg terkandung dalam buah kurma boleh dihadamkan dengan pantas dan masuk ke dalam sel-sel hati, otak, darah, sistem saraf, sistem otot dan semua jaringan yg lain. Dengan ini, tenaga manusia dapat dikembalikan dengan kadar segera apabula memakan kurma.

Ia juga ideal untuk tubuh manusia kerana ia mengandungi kadar gula yang tinggi dalam bentuk glukosa dan fruktosa, di samping protein, lemak, vitamin A, B2 & C serta beberapa mineral penting yg lain iaitu kalsium, potassium, fosforus, magnesium, sodium & florin.

Sumber: Ustaz Syed Norhisyam. Hebatnya Kurma. Majalah Solusi Isu 36. Telaga Biru. Kuala Lumpur

Friday, 23 September 2011

Dadih atau Yogurt


Wanita sering keletihan dan tidak sihat sebelum dan ketika haid. Kajian menunjukkan, makanan yang kaya dengan kalsium seperti dadih yang diperbuat daripada susu rendah lemak, dapat membantu keadaan itu. Satu kajian yang dijalankan ke atas sekumpulan wanita di Amerika mendapati, mereka yang mengambil kurang 3.5 gelas dadih atau 4 gelas susu tanpa lemak (skimmed milk) setiap hari, berasa lebih segar dan kurang sakit terutama ketika haid berbanding dengan yang sebelumnya.

Susu dan produk tenusu mengandungi banyak lemak tepu. Oleh itu, pengambilannya perlu dihadkan. Namun produk-produk ini ada kepentingannya kerana ia mengandungi kalsium, vitamin B12, B2, A dan D. Cara yang terbaik adalah memilih susu yang mempunyai kadar lemak yang rendah supaya khasiatnya dapat dimanfaatkan.

Sumber: Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden (Edisi Kemaskini). Dr. Danial Zainal Abidin. PTS Millenia Sdn Bhd. Batu Caves, Selangor.2011.

Monday, 12 September 2011

Cara Minum Yang Betul


Ketika meminum air, Rasulullah saw tidak menggalakkan seseorang menghabiskan minumannya dengan satu teguk. Menurut Tirmizi, beliau berkata, "Janganlah kamu habiskan minuman dengan satu teguk seperti unta tetapi minum dengan dua atau tiga teguk. Sebut Bismillah ketika kamu hendak minum dan puji Allah apabila kamu selesai."

Di dalam hadis yang lain, menurut Bukhari & Muslim, Anas Bin Malik melaporkan, "Rasulullah saw minum dengan tiga nafas." Imam Muslim melaporkan dengan kata-kata tambahan dalam laporan beliau iaitu, "cara minum yang seperti ini lebih menghilangkan dahaga, lebih menyihatkan dan lebih menghadamkan."

Sumber: Dr. Danial Zainal Abidin. 2011. Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden (Edisi Kemas Kini). Cara Minum Yang Betul. PTS Millenia. Batu Caves, Selangor.

Monday, 5 September 2011

Makanlah Makanan Yang Baik

Assalammualaikum semua. Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri.
Saya memohon maaf kerana sudah terlalu lama tidak meng'update' blog sunnah halal ini. Makanya, hari ini saya ingin kongsikan sesuatu yang menarik tentang makanan yang baik disarankan oleh Rasullullah s.a.w. daripada majalah Solusi Isu ke-34.


Rasulullah s.a.w. sangat menyukai makanan yang manis seperti madu. Kadang-kadang Baginda akan memakan roti dengan lauk. Adakala lauknya ialah daging. Dalam satu hadis riwayat al-Baihaqi, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Daging adalah penghulu makanan penduduk dunia dan akhirat (syurga)."

Adakalanya Baginda memakannya dengan semangka dan kadang-kadang dengan kurma kering. Baginda s.a.w pernah meletakkan kurma kering di atas roti lalu berkata, "Haza idaamu haza" (maksudnya 'ini lauk' atau  ini lauknya').

Selain itu Baginda s.a.w memakan buah-buahna di negerinya apabila tiba musimnya. Baginda s.a.w tidak berpantang memakan buah-buahan tersebut. Ini juga termasuk cara utama untuk memelihara kesihatan. Inilah hikmah Allah menjadikan setiap negeri itu terdapat buah-buahan yang dapat memberikan manfaat kepada penduduk pada waktunya. Buah-buahan itu menjadi sumber kesihatan dan kesejahteraan mereka sehingga tidak perlu terlalu bergantung kepada ubat-ubatan. Seringkali orang tidak mahu memakan buah-buahan kerana takut sakit itulah yang akan menyebabkan badannya sakit serta jauh daripada kekuatan dan kesihatan yang baik.

Dalam hadis riwayat al-Bukhari & Muslim, Abu Daud & al-Tirmidzi, daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata, "Rasulullah s.a.w tidak pernah mencela makanan. Jika berselera, Baginda memakannya dan jika tidak, Baginda meninggalkannya."

Sumber: Mohd Wahid Abd. Hanif. 2011. Tib Nabawi. Tubuh Sihat Daripada Pemakanan Sihat. Solusi 34. Telaga Biru Sdn Bhd. Kuala Lumpur