Pages

In the name of Allah, the Beneficient, the Merciful
'O mankind, eat from whatever is on earth (that is) lawful and good and do not follow the footsteps of Satan. Indeed, he is to you a clear enemy.' (Al-Baqarah: 168)

Friday, 21 October 2011

Soal Jawab dengan Ustaz Azhar Idrus


Assalammualaikum.
Kali ni saya nak kongsi beberapa soal jawab yg saya baca di buku 'Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalah Semasa'. Saya akan kongsikan sesuatu yg berkaitan dengan makanan.

1. Makanan dimasuki semut
Soalan: Adakah benar kenyataan umum menyatakan makanan ataupun minuman yg dimasuki semut boleh melemahkan minda orang yg makan? Adakah makanan dan minuman ini perlu dibuang?
Jawapan: Semut yg masuk ke dalam makanan itu perlu dibuang dan makanan itu boleh dimakan kerana yg dilarang adalah makan semut ataupun serangga yg dianggap keji. Tidak dilarang makan makanan itu selepas semut itu dibuang.

2. Halal ataupun haram sarang burung
Soalan: Saya ingin tahu mengenai sup sarang burung. Apakah hukum memakan ataupun meminum sup sarang burung?
Jawapan: Hukum memakan sarang burung layang-layang adalah halal sebagaimana difatwakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.


3. Hukum makan keldai
Soalan: Apakah hukum memakan keldai? Sewaktu belajar di sekolah dahulu saya tidak pernah belajar mengenai hukum permasalah ini. Namun baru-baru ini saya ada mendengar dalam satu tazkirah haram memakan keldai. Mohon penjelasan serba sedikit.
Jawapan: Keldai ada 2 jenis iaitu keldai pelihara dan keldai liar. Keldai yg diharamkan makan adalah keldai pelihara yg biasanya digunakan bagi tunggangan dan mengangkat barang. Manakala keldai yg halal dimakan adalah keldai liar. Keldai ini tidak digunakan utk tunggangan dan peliharaan.

Sunday, 9 October 2011

Makan dengan sederhana

Al-Quran menerangkan individu tidak patut berlebih-lebihan dalam soal makan minum walaupun apa yang dimakan itu adalah makanan yang halal dan menyihatkan.
"...dan makanlah dan minumlah. Jangan kamu melampau-lampau. Allah tidak suka pada orang yang melampaui batas..." (Surah al-A'raf: 31)


Sifat orang yang beriman ada disebutkan di dalam hadis adalah seperti berikut:
"Orang beriman makan dengan satu usus, sedangkan orang kafir memenuhi tujuh ususnya dengan makanan". (Riwayat Bukhari).

"... dan orang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan seperti binatang ternak makan. Sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka". (Surah Muhammad: 12)

Rasulullah saw menyarankan kepada umatnya:
"Makanlah ketika lapar dan berhentilah sebelum kenyang".

Dalam hadis Rasulullah saw, Ibn Majjah menceritakan:
"Cukuplah bagi manusia beberapa suap makanan sekadar bagi menegakkan badannya. Sekiranya nafsunya masih terus mendorongnya makan lebih daripada itu, perlu ia mengisi satu pertiga perutnya dengan makanan, satu pertiga dengan minuman dan satu pertiga bagi bernafas. Makanan satu orang cukup bagi dua orang. Makanan dua orang cukup untuk empat orang. Makanan empat orang cukup bagi lapan orang". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Sumber: Dr. Adi Hashman. 2011. Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit. PTS Millenia Sdn Bhd. Selangor, Malaysia.

Sunday, 2 October 2011

Kurma Makanan Ideal

Kurma sangat kaya dengan zat yg diperlukan oleh tubuh badan manusia. Bahkan dalam sepotong hadis, Baginda bersabda yg bermaksud: "Wahai Aishah, mana-mana rumah yg tidak ada kurma, maka penghuninya akan lapar." Baginda mengulanginya sebanyak 2 atau 3 kali (Riwayat Muslim No. 3812).

Menurut Yusuf Ahmad dlm bukunya Mawsuh'ah al-I-jaz al-Ilmi fi al-Quran wa al-Sunnah al-Mutahhirah (Ensiklopedia Mukjizat Sains Dalam Al-Quran & Sunnah), buah kurma adalah nikmat agung daripada Allah yg dianugerahkan kpd kita. Ia membekalkan pelbagai zat yg diperlukan oleh badan dan dpt diserap ke dalam sistem tubuh manusia dengan cepat. Glukosa yg terkandung dalam buah kurma boleh dihadamkan dengan pantas dan masuk ke dalam sel-sel hati, otak, darah, sistem saraf, sistem otot dan semua jaringan yg lain. Dengan ini, tenaga manusia dapat dikembalikan dengan kadar segera apabula memakan kurma.

Ia juga ideal untuk tubuh manusia kerana ia mengandungi kadar gula yang tinggi dalam bentuk glukosa dan fruktosa, di samping protein, lemak, vitamin A, B2 & C serta beberapa mineral penting yg lain iaitu kalsium, potassium, fosforus, magnesium, sodium & florin.

Sumber: Ustaz Syed Norhisyam. Hebatnya Kurma. Majalah Solusi Isu 36. Telaga Biru. Kuala Lumpur